Saturday, 23 June 2012

Ohh!!! saya tidak amal pilih kasih - Pakatan rakyat

Rakyat Malaysia harus yakin Anuwar , Karpal Singh , Nik Aziz dan Lim anak beranak tidak mengamalkan pilih kasih ... betul saya cakap ni.... percayalah....


Jangan percaya apa yang UMNO ada-adakan ini. Ini semuanya fitnah . Kami pemimpin pakatan kepada rakyat tidak sesekali menipu rakyat. Ini semua konspirasi Ameno untuk melemahkan perjuangan Pakatan. Pakatan adalah anugerah tuhan pada rakyat Malaysia. 

Percayalah....




Monday, 4 June 2012

Panas!!! Abdul Hadi, Nik Aziz bergaduh ??


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pertelagahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan mereka berdendam antara satu sama lain.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkara itu sebenarnya telah berlaku sejak Nik Abdul Aziz membantah cadangan Abdul Hadi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO.
Katanya, Abdul Hadi selaku Presiden parti merasa tercabar apabila cadangan beliau ditolak mentah-mentah oleh Nik Abdul Aziz.
"Tetapi apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan untuk bermuzakarah bersama UMNO, giliran Abdul Hadi pula menentangnya bagi membalas dendam terhadap tindakan Mursyidul Am Pas itu.
"Walaupun Presiden parti, Abdul Hadi tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana Nik Abdul Aziz telah mengawal sepenuhnya Majlis Syura, badan tertinggi parti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.
Kenyataan Presiden PAS itu sekali gus bercanggah dengan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan pendirian undi Pas masuk syurga.
Kedua-dua pemimpin itu turut bercanggah dalam isu Perdana Menteri Melayu yang mana Abdul Hadi menegaskan jawatan tersebut mesti disandang orang Melayu sedangkan Musyidul Amnya tidak kisah mana-mana kaum asalkan individu berkenaan beragama Islam.
Menurut Ramlan, Pas merupakan sebuah parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Islam tetapi sering berpecah-belah sesama sendiri, menunjukkan mereka telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Nik Abdul Aziz yang meletakkan syarat muzakarah supaya UMNO menghapuskan prinsip perjuangannya sedangkan Pas kini dilihat menggadaikan namanya apabila bekerjasama dengan DAP.
"Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya termakan umpannya sendiri kerana sewaktu para pemimpin DAP mengeluarkan ucapan berbaur anti-Islam, beliau tidak pernah membantah tindakan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mencadangkan supaya Pas mengadakan Muktamar Khas untuk membincangkan pertelagahan kedua-dua pemimpin berkenaan.
Katanya, muktamar itu bertujuan mendengar pendapat ahli-ahli Pas yang selama ini berdiam diri terhadap gelagat pemimpin mereka.
"Jangan nafikan hak ahli-ahli Pas, mereka juga berhak menyuarakan pandangan terhadap kepincangan yang berlaku di dalam parti," katanya.
                                                                                              sumber : Berita Harian
Ulasan S&I : Beginikah cara mereka untuk memimpin negara? sama-sama sendiri pun ada nak bergaduh,selesaikan masalah dalam parti kamu dulu..barulah fikir cara nak tawan putrajaya!!!



Tidak cukup dengan diri sendiri,anak pun nak jugak !!!!


KKOTA BHARU - Anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini disebut akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) bersedia sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.

Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.

“Saya sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” katanya.
Baru-baru ini, dalam wawancara bersama Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh dicalonkan dalam PRU13 atas kapasiti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.

Bagaimanapun, Nik Amar berkata, keputusan itu bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Pas Pusat yang akan menentukan kedudukan akhir senarai calon terbabit.

Antara kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah Parlimen Kubang Kerian setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub disahkan berpindah ke Johor.

Dalam pada itu ketika ditanya kritikan pihak yang menyatakan beliau merupakan calon ‘anak-beranak’, Nik Abduh berkata, Islam memuliakan pewarisan iman dan perjuangan melalui zuriat yang mulia.

“Ayah telah berusaha mendidik saya sebaik yang termampu, yang tak mulia ialah anak sekularis jadi calon ganti atau sambung kepada bapa sekular, saya meminta anak-anak orang Umno supaya muliakan keluarga dengan perjuangan Islam,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz mengesahkan akan bertanding dalam PRU13 walaupun mendapat kritikan pihak lawan yang menyifatkan beliau sudah uzur untuk berpolitik.

Sunday, 3 June 2012

Nik Aziz ingin bersara ????

Sudah tiba masanya Tuan Guru Nik Aziz bersara daripada dunia politik!!! ini kerana sudah terlalu banyak beliau mengeluarkan janji-janji yang beliau tidak mampu laksanakan.Selain itu, beliau juga sudah terlalu banyak mengeluarkan fatwa yang datang entah dari mana!!!jadi,dinasihatkan supaya Tuan Guru kita bersara daripada dunia politik dan terus mengajar anak-anak muda kelantan tentang didikan agama yang secukupnya.

Saturday, 2 June 2012

PAS dan PKR sudah tiada persamaan ?

Apabila kita lihat dalam gambar ini...marilah kita berfikir sejenak adakah PAS dan PKR masih mempunyai persamaan dan masih mempunyai matlamat yang sama ? Tetapi gambar ini telah membuktikan bahawa PAS dan PKR sudah tiada persamaan..masing-masing mempunyai kepentingan politik tersendiri!

Panas!!! Nik Aziz akan Vote Caroline Mentor 6 ??

Lepas sahaja tengok rancangan mentor 6 di Tv3 baru-baru ni..saya terfikir adakah Tuan Guru Nik Aziz akan sokong Caroline dalam mentor 6 ini...atau akan keluar fatwa baharu daripada mulut beliau??maklumlah Caroline ini adalah anak kelahiran negeri pemerintahan beliau..

Thursday, 17 May 2012

TERKINI!!! AARON AZIZ KECEWA





AARON Aziz menyuarakan rasa terkilan kepada Persatuan SENIMAN Malaysia (SENIMAN) kerana tidak berusaha mempertahankan kontroversi membabitkan dirinya sejak memenangi gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) sedangkan dia juga adalah ahli dalam persatuan itu.
Lebih mengecewakan, isu itu meleret-leret kerana selepas status kewarganegaraan dipersoalkan kali ini dia dicabar pula untuk mengemukakan permit kerja sah kerana bekerja dengan syarikat produksi di Malaysia.
Saya rasa lebih tersingkir daripada dilindungi sedangkan saya juga ahli SENIMAN. - Aaron Aziz
Walaupun itu sudah dilihat sebagai agak keterlaluan, Aaron dia masih berdiam diri serta berdiplomasi, malahan sedia menunjukkan permitnya kalau memang diminta berbuat demikian. 

Namun, lama kelamaan terdetik dalam hatinya kerana pihak yang banyak mempersoalkan dirinya adalah daripada SENIMAN dan dia juga menjadi ahli berdaftar dengan persatuan itu. 

Justeru, dia tertanya-tanya dalam keadaan sekarang, di mana haknya sebagai ahli SENIMAN dan kenapa tidak ada pihak dalam persatuan ini tampil untuk membelanya.

“Saya rasa lebih tersingkir daripada dilindungi sedangkan saya juga ahli SENIMAN,” katanya ringkas kepada wartawan HIP di majlis memeterai perjanjian sebagai duta Yourgurt, di Kuala Lumpur, semalam. 
Pelakon itu kemudian bertukar dokumen perjanjian ini dengan Pengurus Besar Yourgurt, Nor Ainna Ibrahim. 

Bagaimanapun, Aaron menegaskan apa sekalipun yang berlaku tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkerja dan berada dalam dunia seni di negara ini. Malahan, dia juga tidak mahu terus memperbesar-besarkan isu yang dibangkitkan oleh Pemangku Presiden SENIMAN, Zed Zaidi. 

“Sebenarnya tiada siapa yang perlu membuktikan apa-apa di sini. Ini bukannya perlawanan bagi membuktikan siapa menang atau kalah. Saya sebenarnya mempunyai banyak lagi benda atau perkara lain yang perlu difikirkan, seperti keluarga dan anak-anak, dan saya rasa tidak penting untuk saya terlalu memikirkan isu berkenaan.

“Saya pun tidak boleh menghentikan Zed Zaidi dari bertindak, kerana dia mempunyai hak untuk berbuat sedemikian. Saya rasa ini semua berpandukan kepada dasar kematangan masing-masing, dan saya tiada masa untuk memikirkan apa yang dia cakap menerusi laman sosial. Biarlah dia ingin memperkata apa sekali pun, dia boleh mencari saya atau berdepan bila-bila masa dia mahu pun,” jelasnya lagi. 

Tidak pernah untuk berasa sedih atau marah, Aaron berkata, dia kini amat bersyukur kerana mendapat tawaran tanpa putus dari produksi di Malaysia selain Singapura dan Brunei.

Jadual seni hero Ombak Rindu sememangnya padat hingga hujung tahun. Baru saja dilantik sebagai duta produk makanan, Yourgurt, Aaron akan sibuk menjalani penggambaran untuk beberapa filem, antaranya ialah Dampak danCicak Man 3.

“Semalam saya baru saja habis penggambaran untuk drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir. Kemudian pada pertengahan bulan depan akan memulakan penggambaran filem aksi iaitu Dampak dan seterusnya Cicak Man 3 serta ada dua lagi filem, satu filem cinta dan satu lagi thriller, yang mana kini masih dalam perbincangan.

“Selain itu, saya juga sedang berbincang dengan sebuah produksi dari Brunei untuk membintangi filem mereka. Saya mendapat banyak tawaran bukannya hanya selepas saya bergelar Bintang Popular tapi sebelum anugerah itu diberikan lagi, saya sudah menerima banyak tawaran. 

“Anugerah Bintang Popular itu sebenarnya tidak banyak mengubah saya, kerana saya tetap sama. Selagi saya melakukan kerja dengan ikhlas, semua itu akan datang sendiri,” katanya yang akan berangkat ke Mekah hari ini bagi menunaikan umrah selama 12 hari.

Mengerjakan umrah buat kali kedua, Aaron bersama isterinya, Diyana Halik bukan sekadar melawat Tanah suci Makkah, tetapi turut menyatakan pemergiannya ke sana juga atas dasar kerja kerana akan menjayakan penggambaran drama bersiri 80 episod, Adam dan Hawa.