JIKA diukur kejayaan Ngangkong tahun lalu, penulis percaya Nongkrong akan mengaut kejayaan sama tapi lebih bergaya. Bukan saja kerana tarikan jenaka bersahaja, tapi plotnya yang lebih ringan dan mudah menjadikan ia sebuah filem komedi seram yang mempunyai tarikan tersendiri.
Pemilihan Sam, Angah dan Epi sebagai teraju utama juga satu pilihan tepat, menggabungkan pelakon berpengalaman dan baru dalam satu dimensi lawak baru.
Jujurnya, jenaka kali ini lebih menyengat berbanding Ngangkong. Penonton pasti tidak kering gusi menyaksikan gelagat ketiga-tiga mereka mencari jalan keluar daripada masalah yang dicipta sendiri.
Jujurnya, jenaka kali ini lebih menyengat berbanding Ngangkong. Penonton pasti tidak kering gusi menyaksikan gelagat ketiga-tiga mereka mencari jalan keluar daripada masalah yang dicipta sendiri.
Dari segi perkembangan plot, ia tidak jauh berbeza dengan kisah Ngangkong.
Walaupun mungkin ada yang akan menyamakan karya Ismail Bob Hasim kali ini.
Paling membezakan ialah skrip yang lebih mantap dan lontaran rasa jenaka yang jauh bertenaga. Cuma sesekali ada babak yang dilihat cedukan sama daripada filem lalu, ia bukan alasan yang kukuh untuk peminat tidak terhibur menontonnya.
Antara babak yang menggeletek hati penulis ialah ketika Bada (Sam) kemalangan ketika membawa ayam. Walaupun nampak biasa, babak itu antara babak wajib penonton ketawa terbahak-bahak.
Begitu juga ketika Cumi (Epi) digoda jelmaan puteri paya bakau, aktor kelahiran program realiti Raja Lawak (RL) itu berjaya memberi sisi jenakanya yang sebelum ini hanya ditampilkan di pentas realiti RL.
Penulis sebenarnya lebih tertarik kepada pengisian filem yang menyentuh budaya segelintir masyarakat tempatan yang masih percayakan perkara tahyul dan mistik. Filem ini menjentik golongan itu akan kebodohan melakukan aktiviti itu, terutamanya cara mudah mendapat duit dengan bermain nombor ekor.
No comments:
Post a Comment