Thursday 17 May 2012

TERKINI!!! AARON AZIZ KECEWA





AARON Aziz menyuarakan rasa terkilan kepada Persatuan SENIMAN Malaysia (SENIMAN) kerana tidak berusaha mempertahankan kontroversi membabitkan dirinya sejak memenangi gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) sedangkan dia juga adalah ahli dalam persatuan itu.
Lebih mengecewakan, isu itu meleret-leret kerana selepas status kewarganegaraan dipersoalkan kali ini dia dicabar pula untuk mengemukakan permit kerja sah kerana bekerja dengan syarikat produksi di Malaysia.
Saya rasa lebih tersingkir daripada dilindungi sedangkan saya juga ahli SENIMAN. - Aaron Aziz
Walaupun itu sudah dilihat sebagai agak keterlaluan, Aaron dia masih berdiam diri serta berdiplomasi, malahan sedia menunjukkan permitnya kalau memang diminta berbuat demikian. 

Namun, lama kelamaan terdetik dalam hatinya kerana pihak yang banyak mempersoalkan dirinya adalah daripada SENIMAN dan dia juga menjadi ahli berdaftar dengan persatuan itu. 

Justeru, dia tertanya-tanya dalam keadaan sekarang, di mana haknya sebagai ahli SENIMAN dan kenapa tidak ada pihak dalam persatuan ini tampil untuk membelanya.

“Saya rasa lebih tersingkir daripada dilindungi sedangkan saya juga ahli SENIMAN,” katanya ringkas kepada wartawan HIP di majlis memeterai perjanjian sebagai duta Yourgurt, di Kuala Lumpur, semalam. 
Pelakon itu kemudian bertukar dokumen perjanjian ini dengan Pengurus Besar Yourgurt, Nor Ainna Ibrahim. 

Bagaimanapun, Aaron menegaskan apa sekalipun yang berlaku tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkerja dan berada dalam dunia seni di negara ini. Malahan, dia juga tidak mahu terus memperbesar-besarkan isu yang dibangkitkan oleh Pemangku Presiden SENIMAN, Zed Zaidi. 

“Sebenarnya tiada siapa yang perlu membuktikan apa-apa di sini. Ini bukannya perlawanan bagi membuktikan siapa menang atau kalah. Saya sebenarnya mempunyai banyak lagi benda atau perkara lain yang perlu difikirkan, seperti keluarga dan anak-anak, dan saya rasa tidak penting untuk saya terlalu memikirkan isu berkenaan.

“Saya pun tidak boleh menghentikan Zed Zaidi dari bertindak, kerana dia mempunyai hak untuk berbuat sedemikian. Saya rasa ini semua berpandukan kepada dasar kematangan masing-masing, dan saya tiada masa untuk memikirkan apa yang dia cakap menerusi laman sosial. Biarlah dia ingin memperkata apa sekali pun, dia boleh mencari saya atau berdepan bila-bila masa dia mahu pun,” jelasnya lagi. 

Tidak pernah untuk berasa sedih atau marah, Aaron berkata, dia kini amat bersyukur kerana mendapat tawaran tanpa putus dari produksi di Malaysia selain Singapura dan Brunei.

Jadual seni hero Ombak Rindu sememangnya padat hingga hujung tahun. Baru saja dilantik sebagai duta produk makanan, Yourgurt, Aaron akan sibuk menjalani penggambaran untuk beberapa filem, antaranya ialah Dampak danCicak Man 3.

“Semalam saya baru saja habis penggambaran untuk drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir. Kemudian pada pertengahan bulan depan akan memulakan penggambaran filem aksi iaitu Dampak dan seterusnya Cicak Man 3 serta ada dua lagi filem, satu filem cinta dan satu lagi thriller, yang mana kini masih dalam perbincangan.

“Selain itu, saya juga sedang berbincang dengan sebuah produksi dari Brunei untuk membintangi filem mereka. Saya mendapat banyak tawaran bukannya hanya selepas saya bergelar Bintang Popular tapi sebelum anugerah itu diberikan lagi, saya sudah menerima banyak tawaran. 

“Anugerah Bintang Popular itu sebenarnya tidak banyak mengubah saya, kerana saya tetap sama. Selagi saya melakukan kerja dengan ikhlas, semua itu akan datang sendiri,” katanya yang akan berangkat ke Mekah hari ini bagi menunaikan umrah selama 12 hari.

Mengerjakan umrah buat kali kedua, Aaron bersama isterinya, Diyana Halik bukan sekadar melawat Tanah suci Makkah, tetapi turut menyatakan pemergiannya ke sana juga atas dasar kerja kerana akan menjayakan penggambaran drama bersiri 80 episod, Adam dan Hawa.

Monday 14 May 2012

Panas!!! Nyanyi tidak sedap punca tersingkir ?


SHAH ALAM, 12 MEI 2012: Seperti dijanjikan, tiga peserta Mania disingkirkan pada malam ini untuk memberi laluan kepada lima peserta lain beraksi di Pentas Akhir Galaksi Mania yang akan berlangsung minggu hadapan.
Shila Amzah, Ebi dan Adira adalah tiga mangsa yang tersingkir pada Pentas Separuh Akhir Galaksi Mania yang berlangsung dari Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, sebentar tadi.
Dengan penyingkiran mereka bertiga, ini bermakna Stacy, Aril, Hafiz, Hazama dan Jaclyn Victor telah menjadi pilihan pengundi SMS untuk di bawa beraksi sebagai finalis pada minggu hadapan.
Pentas Separuh Akhir Mania malam ini menyaksikan 8 Bintang Mania berentap dalam 2 pusingan persembahan. Masing-masing dikehendaki menyampaikan 2 buah lagu dalam dua pusingan.
Berikut ialah lagu yang disampaikan oleh para peserta Mania malam ini.
Empayar Merah Dato’ M. Nasir
1. Shila Amzah – Mahakarya Cinta (Faizal Tahir) dan My Life Would Suck Withput You (Kelly Clarkson)
2. Hazama – Putihnya Lukisan (MUH) dan What’s Up (4 Non Blondes)
3. Stacy – Kasanova (Stacy) dan Hukum Karma (Wings)
4. Ebi – 3 Malam Tanpa Bintang (Fiq) dan Kasihnya Laila (Jinbara)
Empayar Biru Aubrey Suwito
1. Adira – Kerna Ku Sanggup (Agnes Monica) dan Aku Skandal (Hujan)
2. Jaclyn Victor – I Will Always Love You (Whitney Houston) dan Tapi Bukan Aku (Krispatih)
Empayar Hijau Ahmad Dhani
1. Hafiz – Kaulah Segalanya (Hazrul Nizam) dan My Baby You (Marc Anthony)
2. Aril – Satu (Dewa 19) dan Ku Cari Damai Di Hati (Gingerbread)
Artis undangan Mania untuk minggu ini ialah Yuna dan Randy Pangalila. Konsert Mania turut dipancarkan secara langsung ke Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.

Sunday 13 May 2012

Mengejutkan!!! Man.United juara Liga Perdana Inggeris!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog satay&icecream. Hari ini mejoriti tumpuan abang-abang,kakak-kakak,dan adik-adik kaki  tengok bola tu tentunya terarah kepada persaingan antara 2 kelab gergasi liga perdana inggeris iaitu Man.United dan Man.City yang bersaing untuk merebut piala Liga Perdana Inggeris musim ini. Dibawah adalah gambar yang menunjukkan kegembiraan pada wajah pemain kedua-dua kelab tersebut semasa menjulang Piala masing-masing :

Pemain Manchester United gembira dengan piala yang dimenanginya iaitu Piala Dulang Kenduri SchAwal setelah sekian lama mengidamkannya...hahaha

Pemain Manchester City meraikan kegembiraan apabila muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2011/12. Ini adalah berita yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat setia Manchester City setelah sekian lama mengimpikannya. Tahniah!!

Pesanan penulis blog satay&icecream : Kepada Manchester United,janganlah berputus asa...cuba lagi musim hadapan. Tahniah kepada Manchester City kerana menjulang Piala Liga Perdana Inggeris 2011/12!

Filem : Nongkrong & Ngangkong sama ?

JIKA diukur kejayaan Ngangkong tahun lalu, penulis percaya Nongkrong akan mengaut kejayaan sama tapi lebih bergaya. Bukan saja kerana tarikan jenaka bersahaja, tapi plotnya yang lebih ringan dan mudah menjadikan ia sebuah filem komedi seram yang mempunyai tarikan tersendiri.
Pemilihan Sam, Angah dan Epi sebagai teraju utama juga satu pilihan tepat, menggabungkan pelakon berpengalaman dan baru dalam satu dimensi lawak baru.
Jujurnya, jenaka kali ini lebih menyengat berbanding Ngangkong. Penonton pasti tidak kering gusi menyaksikan gelagat ketiga-tiga mereka mencari jalan keluar daripada masalah yang dicipta sendiri.

Dari segi perkembangan plot, ia tidak jauh berbeza dengan kisah Ngangkong.
Walaupun mungkin ada yang akan menyamakan karya Ismail Bob Hasim kali ini.

Paling membezakan ialah skrip yang lebih mantap dan lontaran rasa jenaka yang jauh bertenaga. Cuma sesekali ada babak yang dilihat cedukan sama daripada filem lalu, ia bukan alasan yang kukuh untuk peminat tidak terhibur menontonnya.

Antara babak yang menggeletek hati penulis ialah ketika Bada (Sam) kemalangan ketika membawa ayam. Walaupun nampak biasa, babak itu antara babak wajib penonton ketawa terbahak-bahak.

Begitu juga ketika Cumi (Epi) digoda jelmaan puteri paya bakau, aktor kelahiran program realiti Raja Lawak (RL) itu berjaya memberi sisi jenakanya yang sebelum ini hanya ditampilkan di pentas realiti RL.

Penulis sebenarnya lebih tertarik kepada pengisian filem yang menyentuh budaya segelintir masyarakat tempatan yang masih percayakan perkara tahyul dan mistik. Filem ini menjentik golongan itu akan kebodohan melakukan aktiviti itu, terutamanya cara mudah mendapat duit dengan bermain nombor ekor.

Friday 11 May 2012

Thursday 10 May 2012

Berpesta di Tanjung Leman


SANTAI Selebriti dan Media yang diperkenalkan oleh Anita Entertainment & Production (AEP) buat sekian kalinya mengembangkan lagi sayap ke acara seterusnya untuk siri ke-14 di Tunjuk Laut Beach Resort sempena dengan Karnival Tanjung Leman, Johor.
Majlis anjuran Johor Corporation melalui anak syarikatnya, Damansara Asset Sdn. Bhd dengan kerjasama AEP dan Joran Bagus itu akan diadakan selama tiga hari bermula hari ini (11 Mei) hingga 13 Mei ini di tapak pantai awam Tanjung Leman dengan pelbagai aktiviti menarik diaturkan, antaranya demonstrasi visual pelancongan, tarian poco-poco, pertandingan karaoke, pertunjukan fesyen busana muslimah dan aktiviti sukan pantai. 
Acara lain yang diadakan adalah meniru suara burung, demonstrasi masakan laut, pertandingan tarik tali, pertandingan memancing serta persembahan dari artis seperti Nash (Lefthanded), Zaiton Sameon, Poey (Stings), Fit Hamzah, Royce Saayan, Chef Yang Jamil, penyanyi era 60-an A Rahman Onn, Ikka Rahman, Shiera Leesya (Harrtawan) dan Roslan Shah.

Jurucakap penganjur, Anita Yusop berkata, untuk pertandingan karaoke ia akan dilakukan selama dua hari bermula 12 Mei dari jam 11 tengah hari hingga 4 petang secara saringan dan selepas disenarai pendek iaitu hanya 10 finalis yang akan berentap pada 13 Mei sekali gus bakal membawa pulang wang tunai berserta trofi.

“Manakala bagi pertandingan memancing ia akan berlangsung pada hari terakhir dari jam 9 pagi hingga 1 petang di persisiran pantai Tanjung Leman dengan yuran penyertaan sebanyak RM60 seorang.

“Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang RM15,000 diikuti tempat kedua dengan RM4,000 dan tempat ketiga RM1,000. Malah tempat keempat hingga ke-30 juga turut disediakan wang sagu hati,” katanya.

Tambahnya, karnival kali ini tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata tetapi diadakan untuk mengeratkan hubungan masyarakat bersama anak seni dan syarikat korporat.

Zizan Razak berehat 2 bulan ?



BARU saja keluar dari hospital kerana mengalami radang otot, artis pelbagai bakat ini kembali menjalankan tugas walaupun diarahkan doktor untuk berehat sebaik-baiknya selama dua bulan. Dalam tempoh itu dia diminta tidak melakukan kerja berat. Namun, atas rasa tanggungjawab, Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Zizan Razak, masih ke lokasi penggambaran menjayakan tugasnya sebagai pelakon.Ditemui di lokasi penggambaran Tokan di Jonker Street, Melaka, baru-baru ini, Zizan yang menghidupkan watak Mat Lobe, masih kelihatan tidak bertenaga. Namun, demi kerjaya, digagahkan juga kerana dirinya, jadual penggambaran filem itu terganggu.
Zizan dilihat agak sensitif apabila perihal kesihatannya disentuh. Apabila ditanya, dia hanya menjawab dirinya sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah. Siapa tahu apa yang terselindung di sebalik riak wajah pengacara yang semakin meningkat popular ini. Mana tidaknya, Zizan terlalu komited dengan aktiviti seninya sehingga tidak putus menerima tawaran kerja.
Zizan dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre pada 29 April lalu kerana mengalami kekejangan di bahagian otot belakang badannya. Ketika itu Zizan baru memulakan perjalanan ke Ipoh, Perak, bagi menjayakan rancangan Melodi. Ditahan di wad selama beberapa hari, Zizan diberikan protein, vitamin, antibiotik serta diarahkan mengambil makanan tidak bergoreng. Sebelum itu, Zizan berada dalam keadaan kurang sihat, apabila dia sering batuk dan sengal-sengal badan.
Seperti kata pengurusnya, Marina Juki, yang turut hadir menemani, seboleh-bolehnya Zizan tidak mahu mengembar-gemburkan masalah kesihatannya kerana tidak mahu merisaukan banyak pihak. Dia juga berasa bersalah jika dirinya tidak untuk menunjukkan persembahan yang baik kerana sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada kerjayanya.

Zizan sudah beransur pulih, namun dia masih memerlukan rehat secukupnya. Justeru, selepas tamat penggambaran filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar, yang berbaki beberapa hari lagi, Zizan akan berehat selama dua bulan. Dia hanya akan kembali sibuk dengan penggambaran filem pada pertengahan Julai.

Dalam tempoh dua bulan itu, Zizan hanya akan menjayakan dan menghadirkan diri ke majlis tertentu. 

"Seperti dikatakan doktor, jika Zizan memaksa diri untuk terus bekerja keras tanpa rehat secukupnya, dia boleh diserang demam panas, secara tidak langsung memberi kesan lebih teruk kepada dirinya. 
"Oleh itu, buat sementara waktu Zizan tidak akan terbabit dengan mana-mana penggambaran filem atau telefilem, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai hos Melodi, peserta Super Spontan, dan menghadiri beberapa majlis anjuran Mutiara Motors memandangkan Zizan ialah duta kepada M7 serta aktiviti yang diadakan Rempit United sebagai ahli. Kemungkinan Zizan akan pergi bercuti," ujarnya.

Zizan sendiri mengaku, dari hujung bulan ini hingga pertengahan Julai, dirinya akan terbabit dalam beberapa majlis penting saja.

"Bukannya saya berehat terus, tapi hanya buat seketika. Sekarang saya juga perlu memilih kerja dan hanya menerima yang penting saja. Saya suka bekerja dan perkara yang terjadi ini tidak boleh saya elak. Bukannya saya tidak memilih sebelum ini, tapi aktiviti yang saya lakukan ini sudah dijanji sejak tahun lalu. Bagaimanapun saya mesti buat kerana ia rezeki saya.

"Selain itu, saya juga akan fokus dengan aktiviti produksi saya sendiri, Zizan Co. Sebagai artis Astro, saya akan tampil dengan program saya sendiri, tapi ia masih dalam perbincangan. Saya akan tampil dengan persembahan TV dihasilkan produksi saya. Perancangan itu sudah ada, tapi penggambaran saja belum dilakukan," katanya yang akan muncul bersama filem Mael Lambong The Movie pada 21 Jun nanti.

Zizan dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre pada 29 April lalu kerana mengalami kekejangan di bahagian otot belakang badannya. Ketika itu Zizan baru memulakan perjalanan ke Ipoh, Perak, bagi menjayakan rancangan Melodi. Ditahan di wad selama beberapa hari, Zizan diberikan protein, vitamin, antibiotik serta diarahkan mengambil makanan tidak bergoreng. Sebelum itu, Zizan berada dalam keadaan kurang sihat, apabila dia sering batuk dan sengal-sengal badan. 

Sementara itu, berbicara mengenai kesanggupan dirinya menerima tawaran lakonan dalam filem Tokan terbitan Pensil Pictures, Zizan menyifatkan wataknya dalam filem itu berbeza. Menghidupkan watak Mat Lobe, Zizan menggemari watak yang dikatakan mencabar kredibilitinya sebagai pelakon, kerana ia memerlukan dia tampil serius dan berbeza.

"Sebenarnya saya takut juga dengan penerimaan orang ramai nanti mengenai pembaharuan yang saya bawa. Saya membawakan watak serius, sebagai seorang tokan dan bermain dengan komedi yang gelap, di mana saya tidak perlu berlawak untuk membuatkan orang tertawa," ujarnya yang teruja dapat berlakon bersama pelakon berbakat besar seperti Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay.

Filem Tokan menyelami kisah pengedaran dadah yang semakin berleluasa kini, apabila kegiatan ini semakin menjerat ramai rakyat tempatan.